Menerusi posting daripada Shafiq Abdullah, dia berkongsi momen menyedihkan itu di laman Facebook miliknya.
Menurut Shafiq, dia dan keluarganya akan berpindah bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah berkenaan.
Dia juga memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek tersebut.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh 3 atau 4 tahun. Dengan harapan selepas ini kami pulang semula ke tanah kami ini.
“Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahupun tak rasmi ke rumah kami untuk bergambar.
“Rumah Biru Sign OFF,” tulisnya.