
PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti sama ada insiden melontar bom molotov cocktail di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak hari ini mempunyai kaitan dengan komen dikeluarkan beliau baru-baru ini.
“Sekiranya ada tangkapan, barulah kami nampak (sama ada) ia menjurus kepada komen beliau atau sebaliknya,” kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain kepada Bernama.
“Saya minta kepada masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden ini kerana siasatan masih diteruskan.”
Razarudin berkata polis menyiasat pelbagai aspek termasuk mengumpul risikan daripada semua sudut Cawangan Khas dan maklumat awam.
Katanya, risikan juga mendapati Ngeh tiada sebarang isu dengan komuniti di Ayer Tawar.
Terdahulu, Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis memburu suspek terbabit dalam…
