Menerusi sumber, rumah berkenaan merupakan rumah pusaka ibu bapanya di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat.
Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Rodiah Mahfuz berkata, rumah itu didiami oleh seorang kakak sulungnya Rohana Mahfuz. Kakaknya sempat memaklumkan paras air mula naik di rumah itu.
Orang kampung menasihati Rohana supaya mengosongkan rumah berkenaan dengan segera dan berteduh di rumah ahli keluarga terdekat.
Rodiah juga berkata bahawa sebelum ini rumah itu pernah mengalami kerosakan teruk akibat banjir 30 tahun lalu, namun tidak pernah musnah seperti ini.