Salah seorang wanita yang menceroboh rumah ahli kumpulan K-pop BTS iaitu Jungkook telah dibawa ke pengadilan untuk tindakan undang-undang.
Penceroboh diambil tindakan

Memetik laporan Koreaboo, kejadian pertama dilakukan oleh seorang wanita Korea berusia 40-an apabila dia menceroboh kawasan tempat letak kereta rumah Jungkook di Yongsan Ward, Seoul, sekitar jam 11:20 malam pada 30 Ogos.Â
Pihak polis menerima panggilan mengenai insiden tersebut dan segera ke lokasi sebelum membuat penahanan terhadap tertuduh.
Menurut pihak polis, pada 22 Oktober, kes tersebut telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya pada 14 Oktober di bawah pertuduhan pencerobohan dan melanggar undang-undang anti-stalking.
Dalam insiden berasingan, seorang wanita China berusia 30-an mengunjungi rumah Jungkook pada waktu malam pada 11 Jun, iaitu hari Jungkook dibebaskan daripada khidmat tentera.Â
Wanita itu dilaporkan cuba menekan papan kekunci pintu berkali-kali sebelum pihak polis tiba dan menahannya di lokasi…