Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Rumah Macam ‘Lautan’ Sampah, Ahli Keluarga Terpaksa Panggil APM Keluarkan Warga Emas

today15 October 2024

Background


Ia berlaku kerana tabiat wanita warga emas berkenaan yang gemar mengumpul barangan lusuh dan kitar semula di rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang melakukan tugas khas mengeluarkan wanita itu dari rumahnya pada Ahad jam 4.40 petang.

Difahamkan, APM telah menerima panggilan daripada ahli keluarga yang mendakwa wanita yang dalam keadaan tidak sihat itu sukar dikeluarkan dari rumahnya berikutan terdapat timbunan sampah dan tugas penyelamatan dilakukan.

Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata wanita itu dikatakan tidak dapat berjalan dan sukar bergerak keluar daripada kediaman dua tingkat itu berikutan dipenuhi barangan lusuh dan kitar semula yang dikumpulnya.

“Mangsa dikatakan mahu tinggal di pusat jagaan warga emas berhampiran namun berikutan keadaannya yang tidak sihat dan sukar keluar daripada timbunan sampah di dalam rumah, keluarga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post