Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata perdana menteri mahu memenangi hati pengundi atas pagar dan pengundi muda.

PETALING JAYA : Rumah terbuka Hari Raya oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di enam negeri adalah untuk meraih sokongan bagi PRN akan datang, kata penganalisis.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata mahu memenangi hati pengundi atas pagar dan pengundi muda.
“Pada pilihan raya sebelum ini, kita melihat ramai anak muda tidak memihak kepada Anwar.
“Bagaimanapun, selepas acara bersama orang ramai yang telah dihadiri Anwar, sokongan dalam kalangan belia terhadap beliau semakin meningkat,” kata Mazlan kepada FMT.
James Chin dari University of Tasmania bersetuju bahawa penganjuran rumah terbuka di negeri-negeri yang akan mengadakan PRN bertujuan untuk memenangi hati pengundi.
“Kita hanya boleh…