Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rumah terbuka PM dianggap ‘kempen pilihan raya’, kata Sanusi

today23 April 2023

Background


Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata Putrajaya bertentangan dengan pendirian berjimat cermat apabila menganjurkan beberapa majlis jamuan.

PETALING JAYA: Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri yang akan mengadakan PRN dianggap sebagai kempen pilihan raya yang tidak wajar diadakan.

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, berkata Putrajaya bertentangan dengan pendirian berjimat cermat apabila menganjurkan beberapa majlis jamuan itu.

Tegasnya, jamuan Aidilfitri seharusnya diadakan di Seri Perdana atau sekitar Putrajaya sahaja seperti kelaziman sebelum ini.

Jabatan Perdana Menteri pada Khamis mengumumkan rumah terbuka tahun ini tidak akan diadakan di Seri Perdana, sebaliknya di Kedah (29 April), Kelantan (12 Mei), dan Terengganu (13 Mei), serta Pulau Pinang (6 Mei), Selangor (14 Mei), dan Negeri Sembilan (7 Mei).

Dewan Undangan Negeri di enam negeri itu akan dibubarkan atau tamat pada Jun, dengan pilihan raya dijangka diadakan pada Julai.

Sanusi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post