Penduduk Kampung Pasir, Temoh di Tapah itu terpaksa dipindahkan ke SMK Chenderiang selepas rumah dimasuki air kira-kira satu meter.

PETALING JAYA: Sebanyak 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah masing-masing dinaiki air di Temoh, Tapah, malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian banjir itu kira-kira jam 7.32 malam.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Kampar kemudiannya telah dihantar ke lokasi untuk membantu mangsa.
“Sebanyak 27 rumah dimasuki air kira-kira satu meter dan seramai 37 mangsa banjir yang membabitkan 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di SMK Chenderiang,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi, menurut Berita Harian.
Jurucakap itu…
