Peningkatan kadar caruman majikan mesti mencetuskan ‘situasi menang-menang’ bagi majikan dan pekerja, kata seorang pemilik perniagaan.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa berunding dengan pemimpin perniagaan dalam pertimbangan meningkatkan kadar caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Wan Choon How, pengarah urusan syarikat kejuruteraan air Howern Wasser, berkata: “Kami tidak menentang peningkatan (caruman). Setakat tahap tertentu, itu langkah yang bagus.”
Bagaimanapun, kenaikan tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat. Kenaikan gaji minimum atau kadar caruman KWSP majikan tanpa peningkatan daya pengeluaran akan mengorbankan keuntungan, katanya.
Majikan pada masa ini dikehendaki mencarum 13% bagi pekerja mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah, dan 12% bagi yang berpendapatan…
