Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rundingan kerusi PH di beberapa negeri selesai, kata Loke

today10 September 2022

Background



Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, Pakatan Harapan telah memuktamadkan rundingan kerusi di tiga hingga empat negeri.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) telah dimuktamadkan di beberapa negeri di Semenanjung.

Beliau juga telah dimaklumkan yang gabungan pembangkang itu telah memuktamadkan rundingan kerusi di tiga hingga empat negeri.

Loke turut mendedahkan, bahawa Majlis Presiden PH telah menerima permohonan rasmi daripada Muda untuk menyertai gabungan itu, hari ini.

“Kita akan bincangkan permohonan itu pada mesyuarat Majlis Presiden akan datang dan kita berharap keputusan mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat ini.

“Kami melihat hasrat parti yang mahu menyertai PH ini sebagai satu perkara yang positif dan ia menunjukkan gabungan ini mempunyai satu keistimewaan dan daya tarik,” katanya seperti dilaporkan The Star,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post