
PETALING JAYA: Rundingan Petronas dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang belum mencapai kata putus berhubung urus tadbir baharu gas mencetuskan perbahasan di kalangan pakar industri, yang menilai impaknya ke atas industri minyak dan gas (O&G) serta ekonomi lebih meluas.
Rundingan baharu
Jamil Ghani, bekas penganalisis di Malaysia Petroleum Resources Corporation, berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 17 Feb memberi beberapa ‘petunjuk’ mengenai keseluruhan struktur rundingan tersebut serta peranan Petronas dan syarikat milik kerajaan Sarawak.
“Butiran masih diperincikan, namun Putrajaya telah menetapkan beberapa perkara yang tidak akan diterima,” katanya kepada FMT.
Di Dewan Rakyat, Anwar berkata Premier Sarawak Abang Johari Openg bersetuju kontrak antarabangsa dan…