
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes saman SRC International Sdn Bhd dan dua pihak lain terhadap Umno untuk memperoleh semula dana RM19.5 juta yang didakwa datangnya daripada syarikat itu, dengan pihak-pihak dikatakan menuju ke arah mencapai penyelesaian secara baik.
Peguam mewakili SRC International Razlan Hadri Zulkifli berkata, tokoh kanan kedua-dua pihak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes itu.
“Kami optimis dengan berjaga-jaga berikutan perkembangan baharu ini,” katanya kepada Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman dan Hasnal Rezua Merican, masing-masing tampil bagi pihak ibu pejabat Umno dan Umno Selangor, mengesahkan rundingan itu sedang berlangsung.
Hakim menangguhkan prosiding kepada 27 Nov untuk membenarkan rundingan diteruskan.
Perbicaraan sebelum ini…