
KUALA LUMPUR: Kejadian mendapan tanah mengakibatkan rekahan jalan di Kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja tebatan banjir.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata beliau mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak terlibat, untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan dan pembaikan kawasan mendap segera.
“Saya juga telah menghubungi ketua pengarah LLM (Sazali Harun) dan mahu satu laporan penuh dikemuka segera, selain pemantauan di sekitar kawasan mendapan bagi mengenal pasti kemungkinan risiko mendapan lain,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, pelan kontigensi atau mitigasi dilaksanakan di laluan mendap, sentiasa dipantau bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
Nanta turut menasihati pengguna lebuh raya itu…