Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Rupanya Sufian Suhaimi Baru Merisik, Belum Bertunang Lagi!

today26 January 2024

Background

Gara-gara tular di media sosial video yang merakamkan detik bahagia ibu kepada penyanyi Sufian Suhaimi menyarung cincin di jari manis seorang gadis jelita dalam sebuah majlis tertutup pada Oktober lalu, penyanyi pujaan ramai itu dihujani dengan pelbagai spekulasi daripada netizen.

Bagi menjernihkan keadaan, Sufian tampil menjelaskan bahawa ia merupakan majlis merisik.

Bercakap kepada XTRA, dia turut menafikan tanggapan netizen yang mengatakan dirinya sudah bertunang namun tidak pula menolak kemungkinan untuk bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasih hatinya.

“Status kami masih belum bertunang. Majlis pertunangan tak pasti sama ada buat atau tak.

β€œTapi kalau hendak menyempurnakan adat, mungkin akan buat juga nanti.

“Sebenarnya majlis merisik dirancang buat secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

“Tapi video ini terkeluar juga kepada umum. Namun, itu bukanlah perkara tidak baik. Ramai salah faham, itu bukan majlis pertunangan, tapi sebenarnya merisik,” katanya.

Sufian ditemui XTRA pada sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, enggan terlalu lama menjalani fasa mengenal hati budi, pelantun lagu Di Matamu itu meluahkan hasrat ingin melangkau majlis bertunang serta terus melangsungkan majlis perkahwinan pada awalnya.

Sufian bagaimanapun tetap akan bertunang terlebih dahulu setelah berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan lebih manis untuk mengikut adat Melayu.

“Kami mahu hubungan ini mengikut adat. Perkenalan ini bukan sekadar kawan-kawan.

β€œKeluarga kedua pihak juga sokong apa yang kami rancang.

“Bertunang tiada keperluan, tapi kalau hendak menyempurnakan adat, kami akan buat juga,” ujarnya.

Menurut Sufian, majlis perkahwinan mereka berdua bakal berlangsung pada tahun ini.

Written by: Aqilah


Previous post