Armizan Mohd Ali juga menafikan pembentangan RUU itu esok bertujuan menguatkan kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyangkal dakwaan rang undang-undang (RUU) anti-lompat yang akan dibentangkan di persidangan DUN Sabah esok adalah semata-mata untuk menguatkan kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, berkata pembentangan RUU itu merupakan hasrat pelbagai pihak termasuk Adun pembangkang sendiri yang ingin melakukan perubahan di Sabah.
“Bila mengaitkan RUU ini sebagai satu pendekatan memperkukuhkan kerajaan bawah pimpinan Hajiji, bagi saya ia kurang tepat.
“Jangan ada mana-mana pihak yang cuba untuk berlagak suci atau berpura-pura jadi mangsa,”…