
Seorang aktivis hak sivil mengkritik Rang Undang-undang (RUU) Kebebasan Maklumat (FOI) yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini atas kegagalan mengiktiraf FOI sebagai hak berperlembagaan.
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Pushpan Murugiah, berkata Fasal 22 RUU itu menyatakan tiada apa-apa dalam akta itu boleh ditafsirkan sebagai membentuk kebebasan asasi di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.
“Daripada memperkukuhkan demokrasi berperlembagaan, undang-undang itu sebaliknya kelihatan menjauhkan diri daripadanya dengan menafikan secara jelas sebarang kaitan antara akses kepada maklumat dan jaminan Perlembagaan mengenai kebebasan bersuara di bawah Perkara 10.
“Hakikatnya, kerajaan sedang…