Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

RUU generasi penamat dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

today2 August 2022

Background



Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat bersetuju Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penelitian lanjut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengundi RUU itu selepas perbahasan selama dua hari.

Khairy mengakui terdapat pandangan berbeza daripada Ahli Parlimen mengenai RUU itu.

Keputusan itu dibuat selepas perbahasan selama dua hari melibatkan 13 Ahli Parlimen.

Khairy membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua semalam.

Ia yang dinamakan RUU Generasi Penamat (GEG), bertujuan mengharamkan penggunaan, pemilikan dan penjualan produk rokok dan vape bagi mereka yang dilahirkan selepas 2007.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post