
RUU Jenayah Siber 2026, yang disifatkan sebagai ‘game changer’ (perubahan besar) oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
RUU tersebut untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997, dengan peruntukan yang lebih luas merangkumi jenayah dalam talian, penipuan digital, kecurian identiti, kandungan yang dimanipulasi, dan salah guna pengenalan digital.
RUU ini juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa mendapatkan data trafik internet dan kandungan komunikasi daripada penyedia perkhidmatan semasa siasatan.
RUU tersebut diluluskan melalui undian suara selepas perbahasan panjang melibatkan 48 Ahli Parlimen, dengan majoriti menyuarakan kebimbangan mengenai kuasa luas yang diberikan kepada pegawai penyiasat untuk mengakses data digital, serta potensi implikasi ke atas privasi dan kebebasan…