
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meluluskan draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dan akan dibentang di Dewan Rakyat minggu depan, kata Fahmi Fadzil.
Menteri komunikasi merangkap jurucakap kerajaan tidak menolak ia juga akan dibahaskan minggu depan.
“Sekiranya ada masa akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini. Jika tidak ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat (Dewan Rakyat) akan datang.
“Diharap ini menjadi berita baik untuk rakan-rakan media,” katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi.
Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara…