
Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata Jemaah Menteri telah mempertimbangkan dan bersetuju secara dasar terhadap penubuhan MTSB, yang memerlukan penggubalan akta khusus sebagai asas perundangan sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Loke berkata gerak kerja penubuhan MTSB kini sedang dimuktamadkan melalui perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan, termasuk melibatkan penyelarasan peranan agensi sedia ada.
“Sekarang kita perlu drafkan RUU dan proses itu sedang berjalan. Cabaran kepada kita ialah bagaimana mengintegrasikan atau menstrukturkan semula peranan di beberapa agensi yang berkaitan…