
KUALA LUMPUR: Sebarang pindaan yang diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini tidak akan dibawa semula ke sesi akan datang, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata Nazri Aziz (BN-Padang Rengas).
Beliau menjawab pertanyaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang menyatakan kebimbangan pindaan rang undang-undang (RUU) pada sesi kali ini tidak diteruskan ke peringkat seterusnya sekiranya kerajaan baru terbentuk selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Ia tak membazir sebab apa kita bahaskan sekarang, walaupun diputuskan oleh Dewan Rakyat, ia tetap akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan di peringkat seterusnya,” katanya ketika membahaskan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022.
Mahfuz yang juga naib presiden Amanah sebelum itu berkata pembentangan Belanjawan 2023…