Pengundi Melayu mengundi berdasarkan identiti Islam akan sentiasa memilih PAS.

PETALING JAYA: Cadangan meningkatkan hukuman jenayah di Mahkamah Syariah menerusi rang undang-undang (RUU) dikenali sebagai RUU355 tidak akan membantu gabungan pemerintah meraih undi Melayu pada PRN akan datang, menurut penganalisis politik.
RUU355 merujuk kepada cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2017 namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia Azmil Tayeb berkata, walaupun gabungan kerajaan mungkin berpendapat ia boleh menaikkan imej Islamnya dengan “bermain permainan sama” seperti PAS, mereka tidak akan pergi jauh.
“Pakatan kerajaan tersilap besar jika berpendapat pengundi Melayu akan memilih mereka pada PRN akan datang disebabkan cadangan pembentangan RUU355,” katanya.
“Pengundi…