Isu & Kontroversi
Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae dari DurianKimchi tidak asing lagi di platform media sosial.
Terbaru, nama Ryzal menjadi perhatian warganet sekali lagi selepas membawa Maryam yang kini sedang berbadan dua keluar dari rumah bagi menemaninya pergi bekerja.
Ryzal akui berasa risau dengan kondisi Mariam yang sedang sarat namun kesian untuk ditinggalkan berseorangan di rumah.
Justeru, dia membenarkan Mariam mengikutinya dengan kerelaannya sendiri tapi dengan syarat hanya duduk di dalam kereta.
Tiap kali saya keluar Maryam akan tanya, abang nak sayang ikut tak? Saya tak benarkan dia ikut risaukan kandungan dan kondisi badan dia tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah.
Saya bagitahu dia, boleh ikut tapi duduk dalam kereta jangan keluar, biar abang je keluar. Kesian isteri abang penat sampai tertidur tunggu abang selesai urusan kerja. Sejak kebelakangan ni asyik nak berkepit je. Dia nak tambah lagi satu agaknya kan.