Site icon Hot FM

Sabah Air belum mohon lesen perkhidmatan udara, kata menteri pengangkutan


Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tidak menerima permohonan bagi lesen perkhidmatan udara yang membolehkan Sabah Air melakukan penerbangan berjadual dan perkongsian kod dengan syarikat lain.

PETALING JAYA: Sabah Air Aviation Sdn Bhd (SAASB) belum memohon lesen perkhidmatan udara (ASL) yang membolehkannya melakukan penerbangan berjadual dan beroperasi secara perkongsian kod dengan syarikat penerbangan lain.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata ketika ini syarikat itu memegang permit perkhidmatan udara (ASP) yang membolehkannya menjalankan penerbangan tidak berjadual.

“Setakat ini, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tidak menerima sebarang permohonan bagi lesen perkhidmatan udara yang membolehkan Sabah Air melakukan penerbangan berjadual dan perkongsian kod dengan syarikat penerbangan lain,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau) yang meminta penjelasan berhubung pemberian lesen dan hak mendarat kepada Sabah Air…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version