Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sabah kembali dilanda banjir | Free Malaysia Today (FMT)

today26 December 2023

Background


Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah, esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sabah kembali dilanda banjir selepas hampir seminggu pulih daripada bencana itu dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini, melibatkan daerah Paitan dan Sandakan susulan hujan lebat berterusan sepanjang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan enam mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan manakala 142 mangsa daripada 36 keluarga berlindung di Masjid Nur Iman di Sandakan.

“Lima kampung terjejas akibat bencana banjir di Paitan manakala satu kampung terjejas di Sandakan. Bilangan mangsa dijangka meningkat dan pemantauan sedang dilakukan terhadap situasi banjir di kawasan terjejas,” katanya menurut laporan Bernama.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di satu atau dua tempat di Sabah,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post