
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berpandangan Sabah perlu mempunyai sebuah badan kawal selia bagi memantau tahap perkhidmatan disediakan operator air di negeri itu.
Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata seperti di Semenanjung, terdapat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bukan sahaja berfungsi mengawal selia bekalan air, tetapi juga bertindak menetapkan beberapa syarat di bawah akta sedia ada untuk “mengikat” operator agar sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan.
Beliau berkata, hal itu penting kerana rizab margin keseluruhan bekalan air Sabah pada 2022 hanya berada pada tahap 7.1% dan terdapat kemungkinan rizab margin bekalan air di setiap daerah juga jauh lebih rendah berbanding angka…