
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM175 juta bagi melaksanakan pelbagai program tahun depan untuk menoktahkan kemiskinan tegar, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu.
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) merangka program khusus bagi 22,510 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar, berdasarkan data berdaftar dalam sistem eKasih.
“Program, bantuan, subsidi, peluang pekerjaan dan perniagaan dipadankan dengan keupayaan kumpulan sasar iaitu miskin tegar dan tidak berbentuk satu penyelesaian untuk semua,” katanya, ketika menggulung Belanjawan Sabah 2024 dan teks ucapan dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Abidin Madingkir.
Program terlibat adalah MySMJ: Profiler yang melaksanakan pemprofilan miskin tegar bagi mengenal pasti mereka yang terlibat serta bantuan sesuai; dan MySMJ: PBT di mana…