Hot FM

Sabah peruntuk RM70 juta kepada badan bukan Islam


Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan pada Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu (KKCC) Tahun 2024 di Padang Merdeka. (Gambar Facebook Jabatan Penerangan Sabah)

KOTA KINABALU: Sabah memperuntukkan RM70 juta sebagai bantuan kepada badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh dan persendirian di negeri itu pada 2025.

Ketua Menteri, Hajiji Noor, berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM13.25 juta berbanding tahun ini iaitu RM56.75 juta.

“Kerajaan negeri komited dan sentiasa mengamalkan dasar keadilan serta kesaksamaan dalam semua aspek untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama demi mengekalkan keharmonian masyarakat di Sabah,” katanya ketika merasmikan Sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu (KKCC) Tahun 2024 di Padang Merdeka.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan yang juga menteri pertanian, perikanan dan industri makanan Sabah.

Beliau berkata, tema edisi ke-19 KKCC iaitu Kasih Melalui Tindakan amat tepat khususnya di Sabah yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version