
PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi berkata kerajaan Sabah dan Sarawak perlu bersikap lebih realistik dalam hasrat memiliki syarikat penerbangan sendiri bagi mengelakkan sejarah penggantungan operasi MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berulang.
Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata, daya maju kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti.
“Mungkin lebih masuk akal untuk memperoleh lebih banyak kepentingan dalam syarikat yang ada dan mempunyai syarikat cabang (anak syarikat) yang menyediakan perkhidmatan dengan ciri-ciri tempatan yang melayani negeri-negeri,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, penggantungan operasi MYAirline secara mengejut mendatangkan kesulitan kepada penumpang dan mungkin memberi tanggapan negatif dalam kalangan warga asing.
Kelmarin, MYAirline menggantung operasinya serta-merta akibat “cabaran…