Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengunjung China

today30 December 2022

Background



Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai kedatangan pengembara dari China susulan berlaku lonjakan kes Covid-19 di negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Semua pengunjung dari China yang memasuki Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif Covid-19, berkuat kuasa 1 Jan depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata pihaknya menetapkan pengunjung dari China perlu melakukan ujian Covid-19 dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas ke negeri itu.

“Keputusan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai kedatangan pengembara dari China susulan berlaku lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.

Sebanyak 15 kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini iaitu bertambah enam kes direkodkan daripada 1,228 sampel ujian berbanding 1,251 ujian semalam dengan kadar positiviti 1.22% berbanding 0.72% semalam.

Katanya, sembilan daerah merekodkan jangkitan baharu, dengan tiga kes di Kota…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post