
PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Douglas Uggah Embas meminta mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri ini pada Februari lalu yang belum menerima bantuan kewangan kerajaan bersabar.
Katanya, dianggarkan 5,600 keluarga terjejas akibat bencana itu dan proses penyaluran bantuan memerlukan sedikit masa.
“Setakat ini kita telah salurkan bantuan kepada kira-kira 3,600 keluarga dengan setiap keluarga menerima RM1,000.
“Proses pengesahan dan mendapatkan butiran baki keluarga yang belum menerima bantuan akan mengambil sedikit masa dan pembayaran dilakukan secara dalam talian oleh Pejabat Daerah,” katanya ditemui pemberita pada program ziarah Aidilfitri di Kampung Spaoh, Betong, menurut Bernama.
Beliau berkata, pejabat daerah memiliki semua data keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika bencana untuk memudahkan proses…