Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sabitan jenayah ‘penamat’ Syed Saddiq dan Muda, kata penganalisis

today11 November 2023

Background


Sabitan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin mencetuskan tindakan ahli Muda keluar parti beramai-ramai, menurut seorang ahli akademik.

PETALING JAYA: Sabitan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan penyelewengan dan pengubahan wang haram boleh menjadi penamat kerjaya politiknya dan partinya, Muda, kata dua penganalisis politik.

“Ini ‘tamparan maut’ bagi kerjaya politiknya kerana tiada siapa akan mempercayainya lagi, malah penyokong kuatnya,” kata Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara.

Beliau berkata, Muda akan berdepan nasib sama kerana parti itu sinonim dengan Syed Saddiq.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, “(kerosakan terhadap) persepsi, reputasi dan pandangan umum, baik di mata ahli parti mahupun orang luar, boleh membawa kepada kemusnahan awal Muda”.

Bagaimanapun, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, sabitan itu bukanlah penamat bagi kerjaya Syed Saddiq kerana beliau masih muda dan akan mencabar sabitan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Amirul Aiman dan Danish Raja Reza


Previous post