Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sabri Yunus Angkat Martabat Seni & Jati Diri Masyarakat Kelantan Dalam Duan Naga Bogho

today17 January 2023

Background

Pengarah dan pelawak, Sabri Yunus menyifatkan filem arahannya berjudul Duan Nago Bogho adalah karya yang mengangkat martabat seni dan jati diri masyarakat Kelantan, sekaligus menolak dakwaan kononnya ia bersifat ‘gangsterisme’.

Menurut Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus, 62, ia adalah sebuah kisah perjuangan mempertahankan maruah seni dan warisan termasuklah elemen pembelotan dalam persahabatan.

Justeru, elemen kesenian sebegini harus dikongsi dengan bangsa lain agar perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan.

“Filem ini adalah mengenai maruah. Termasuk, dua simbol jati diri masyarakat Kelantan yang saya letakkan dalam filem ini iaitu seni budaya (Mak Yong) dan maruah.

“Kita sering berbalah mengenai maruah dan biasanya perkara sebegitu akan dianggap jahat, tapi ia bukan ‘jahat’Β  kerana maruah itulah yang sebenarnya yang ditonjolkan dalam filem Duan Naga Bogho dan sekaligus menjadikannya istimewa.

“Malah, kesenian yang ada dalam mesti dikongsi dengan bangsa lain kerana sekiranya tidak berkongsi dengan mereka, maka banyak benda lain tidak boleh terlibat dengan kita,” katanya.

Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Duan Nago Bogho yang diadakan di The Starling Mall, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Sabri yang terkenal dengan siri sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga menegaskan,Β  filemnya kali ini sememangnya mempunyai kritikan sosial, namun dia menganggap kritikan ini tidak berlaku hanya kepada seni Mak Yong sahaja tetapi dari semua aspek.

“Sebenarnya saya memilih Mak Yong sebagai latar cerita saya. Kalau kritikan sosial itu tidak berlaku kepada Mak Yong sahaja tapi kepada keseluruhan seni, termasuklahΒ  sosial, politik semua ada dalam cerita tersebut.

“Dan bagi saya, kalau dikatakan tamparan kepada penggiat Mak Yong,Β  saya rasa memang karya perlu ada realiti sebegini. Ia memang kenaΒ  ada pertembungan nilai tu.Β 

“Tapi dalam cerita ni, saya tidak kata orang Kelantan tu kedekut, tapi apa yang kita bawakan ini adalah realiti sebenar dalam kehidupan,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Duan Nagho Bogho atau Duan Ular Tedung Selar yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 19 Januari ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Datuk Rosyam Nor, Sabri Yunus, Asrul Faizal, JojoΒ  Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan, Jason Chong, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham dan ramai lagi.

 

 

 

Written by: Salma


Previous post