Ahli anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menafikan dakwaan bercinta dengan seorang ahli politik selepas tular sebuah klip video tular mirip dirinya memasuki sebuah bangunan bersama individu tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 29, hanya mengetahui mengenai isu tersebut sebaik dimaklumkan oleh para media ketika ditemui di Konsert Jiwa Malaysia yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.
“Itu bukan saya dan saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia. Maaf, saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video terbabit.
“Mungkin orang kaitkan sebab wanita dalam gambar itu mirip saya dan gaya yang sama. Tapi memang 100 peratus bukan saya. Lagipun, internet sekarang kreatif,” katanya.
Sementara itu, Sabronzo turut memaklumkan dia tidak akan berahsia sekiranya sudah mempunyai kekasih kelak.
“Saya akan maklumkan kepada peminat sekiranya sudah ada kekasih pada masa hadapan. Saya tidak akan sorok kalau sudah ada kekasih tapi buat masa sekarang belum ada lagi.
“Buat masa ini, saya hanya buat kerja dan fokus pada karier seni sahaja dan tiada masa untuk perkara lain,” katanya.
Sebelum ini, tular video seorang wanita yang didakwa mirip Sabronzo telah memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik diba di lokasi sama.
Difahamkan, ahli politik itu dikatakan pernah bertunang dengan seorang penyanyi popular namun sudah berpisah.
Sumber: Harian Metro