Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sah Bercerai Dengan Noh Salleh, Instagram Mizz Nina Dibanjiri Hampir 13,000 Komen

today5 August 2022

Background

Akhirnya segala desas desus mengenai berita perceraian pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina terjawab selepas ahli kumpulan Hujan itu memuat naik kenyataan di Instagram miliknya.

Noh Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh memaklumkan dia dan Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman sepakat untuk berpisah dengan cara yang terbaik.

Tambahnya, mereka bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalani kehidupan berumah tangga selama tempoh 11 tahun ini.

“Selepas banyak berfikir dan pertimbangan telah dilakukan, kami berdua tyelah bersetuju untuk berpisah.

“Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan masa 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka dan duka.

“Kami juga ingin mngucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami kerana menunjukkan kasih sayang kepada kami selama ini.

“Jangan risau kami masih berkawan dan mendoakan kebaikkan anatar asatu sama lain. Kita boleh merancang tapi perancangan Allah lebih hebat,” tulisnya.

Malah, dia juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan keharmonian mereka terutamnya dalam fasa iddah ini.

Sementara itu, Noh mengakui dia dan Mizz Nina akan tetap menjadi sahabat dan berharap hubungan ini baik sampai bila-bila.

Lantas berharap agar semua peminat dan warganet di luar sana menghormati privasi mereka.

 

Dalam pada itu, Nina juga memuat naik kenyataan terbabit menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Bekas penyanyi ini menerima hampir 13,000 komen daripada rakan selebriti dan netizen yang bersimpati dengan perpisahan yang mereka alami.

Sumber: Instagram

Written by: Aqilah


Previous post