Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sahabat Tampil Pertahankan Ebit Lew, Caprice Pula Tunjuk Bukti

today21 September 2023

Background

Umum maklum, isu Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew semakin menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung isu fitnah melampau membabitkan gangguan seksual terhadap wanita bernama Mondy.

Malah, penyanyi rap, Caprice juga kelihatan rancak mendedahkan pelbagai bukti susulan kenyataan rakan baik pendakwah terbabit yang dikenali sebagai ustaz Derry menerusi Instagram Storynya (IGS).

“Akhir zaman, ustaz Derry tu ada live tunjuk chat ni. Yang kami pelik was the way Mondy diejaΒ  sebagai ‘Mondi’ banyak kali.

“Mondy as far as we know address herself as ‘Mondy’. Tapi dalam whatsApp chat kami hanya jumpa 160 perkataan yang sama untuk ejaan ‘Mondy’.

“Tapi bila kita cuba cari ‘MONDI’ di whatsApp, we found zero matches. No result for ‘MONDI’.

“Even dalam sosial media pun Mondy mengeglarkan diri dia sebagai ‘MONDY’.

“Alhamdulillah tanpa kita buat kerja dekat Indonesia, orang bodoh dah awal-awal muncul. So, what we conclude is, ini adalah ustaz P*ndek,” katanya.

 

 

*Caprice dakwa ustaz Derry menipu*

Dalam pada itu, Caprice menyifatkan apa yang ditunjukkan menerusi hantaran di IGS nya itu adalah bukti bahawa ustaz Derry sebenarnya menipu.

“Oh, dan yang paling best phone Mondy dah kena rampas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Lain kali ustaz nak tipu cuba kaji habis dulu orang yang anda nak fitnah tu.

“Bila agamawan dah tak takut dengan FITNAH. The umat is in big trouble.

“Tapi sebab dia pakai serban ramai orang percaya dia. Tak apa guys,Β  kita inshaa-Allah akan bantu mangsa sampai habis,”jelasnya.

Susulan isu panas tersebut, Caprice menegaskan bahawa dia tida membayar Mondy untuk mereka cerita berhubung isu tersebut, bahkan meminta agar orang ramai tidak melabelnya sebagai seorang yang munafik.

“Kepada yang caci maki dan tuduh saya bayar Mondy untuk reka cerita, saya nak anda screenshot komen, framedan letak tepi ruang solat.Β 

“InshaaAllah satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan anda boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” ujarnya.

Pada Selasa,Β  pihak polis telah memanggil Caprice, Mondy dan ustaz Ebit Lew bagi membantu siasatan berhubung isu fitnah melampau pendakwah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

ARTIKEL BERKAITAN:Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Boleh Cepat Sikit Hantar Saman Tu” – CapriceΒ 

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Fitnah Ebit Lew: Polis Panggil Caprice & Mondy Tattoo Bantu Siasatan Laporan

Written by: Aqilah


Previous post