Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saham Alibaba Jatuh, Rugi RM112 Bilion Selepas Lelaki Asing Bernama ‘Ma’ Ditahan Di China

today5 May 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebuah penyiar rasmi China melaporkan pada Selasa lalu bahawa polis di bandar Hangzhou, tempat e-dagang Alibaba bertapak, telah menahan seorang lelaki bernama Ma.

Laporan ini telah menyebabkan pelabur menjadi takut dan menganggap yang ditahan tersebut adalah Jack Ma, pengasas Alibaba.

Selepas berita itu tersebar, harga saham Alibaba di Hong Kong susut 9.4% pada awal dagangan, menyebabkan kerugian kira-kira $26 bilion atau RM112 bilion daripada nilai pasarannya, lapor Bloomberg.

Global Times tampil meredakan keadaan selepas melaporkan bahawa lelaki tersebut bukanlah Jack Ma, tetapi lelaki yang mempunyai tiga identiti berbeza.

Lelaki itu juga difahamkan lahir pada 1985, menjadikannya dua dekad lebih muda daripada pengasas Alibaba.

Selepas laporan Global Times, ia meredakan ketakutan pelabur. Saham Alibaba meningkat dan menutup hari dagangan di Hong Kong hanya 0.83% lebih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post