Lumrah bagi seorang anak kecil jika mereka mahukan perhatian kadang-kadang, hal kecil dan remeh bagi orang dewasa itu juga yang akan membuatkan mereka meragam.
Tetapi lain pula dengan anak salah seorang pelakon Saharul Ridzwan ini, Luth Ali yang merajuk tanpa sebab yang tidak boleh dijangka.

Saharul menceritakan sendiri di media sosial Instagram, bahawa ada satu malam dia berasa sangat penat disebabkan kesibukan bekerja.
Ketika mahu mengambil alih tugas mahu menidurkan anak bongsunya, Fateema Azzahra tidur kerana isterinya kurang sihat, Luth Ali dilihat seolah-olah kurang senang dan mencampakkan permainannya ketika sedang bermain di ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik.
Faham dengan situasi tersebut, Saharul Ridzwan kemudiannya memujuk dan bertanya anak sulungnya, Ali beberapa kali.
Ternyata… Ali merajuk dan sengaja ‘buat hal’ kerana tidak ada yang nak layan dirinya. Comel je!
Tanpa membuang masa, Saharul Ridzwan terus mengajak anaknya itu untuk keluar berjalan bersama.
Dalam posting Instagram tersebut, Saharul Ridzwan turut mohon maaf kepada Ali dan sempat menasihati orang ramai terutamanya yang sudah menjadi ibu bapa supaya peka dengan sikap anak kecil.