Arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan telah dikuatkuasakan selama dua minggu sejak 18 Mac lalu.
Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang mengambil ringan mengenai bahaya wabak Covid-19 yang kini semakin meruncing.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu tampil bersuara menjelaskan soal keselamatan sepatutnya menjadi keutamaan rakyat Malaysia.
Perkara itu hadir susulan Saharul yang memiliki badan sado telah disindir dua pemuda gara-gara dia memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan ketika keluar ke kedai pada Rabu.
Sementara itu, Saharul yang memiliki 3.6 juta jumlah pengikut turut berkongsi cara dia menjaga aspek keselamatan dan kebersihan ketika berurusan di bank.
Perkara itu dimuat naik menerusi satu video pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan, 19 Mac.
Jika anda tiada urusan penting di luar just stay at home.
Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.