Hot FM

Saifuddin akui silap tulis pengalaman berkait kerjasama PH-BN



Saifuddin Nasution mengakui susunan ayat dalam hantaran Facebooknya sebelum ini tidak tepat hingga menimbulkan kekeliruan ramai.

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengakui tersilap merangka ayat sewaktu berkongsi pengalamannya di Facebook berhubung rundingan membentuk kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Setiausaha PH itu mengakui susunan ayat dalam hantaran itu kurang tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam menerangkan perspektif sebenar rundingan kerjasama dua gabungan tersebut.

Katanya, rundingan PH dan BN bagi membentuk kerajaan perpaduan hanya berlangsung selepas kedua-dua pihak menerima keputusan PRU15.

“Kerjasama perbincangan (diadakan) selepas PRU15 apabila keputusan menyaksikan tiada blok boleh membentuk kerajaan. Namun, hubungan peribadi dengan watak utama politik ‘non PH’ (bukan PH) sudah lama berjalan dan kekeliruan berlaku di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version