Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saifuddin belum buat keputusan tanding pemilihan PKR

today6 March 2025

Background


Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail kata beliau belum buat keputusan tentang bertanding pemilihan PKR.

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang juga bekas setiausaha agung PKR belum buat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada pemilihan partinya Mei depan.

“Belum setakat ini. Kalau ada saya akan buat sidang media khas,” katanya lapor Bernama.

Saifuddin berkhidmat sebagai setiausaha agung PKR dari 2016 hingga 2024. Beliau melepaskan jawatan itu untuk tumpu pada tugas anggota biro politik dan ketua setiausaha Pakatan Harapan.

Beliau pernah bersaing dengan Rafizi Ramli untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan 2022.

PKR dijadual mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April.

Pemilihan bagi kepimpinan pusat berlangsung pada 24 Mei.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

KDA FC wajar ikut langkah KL City

Kuala Lumpur: "Langkah yang diambil KL City (Kuala Lumpur City FC) itu langkah yang baik dan kelab lain seperti Kedah (Kedah Darul Aman FC) patutnya boleh buat perkara sama untuk pastikan kebajikan pemain di utamakan".

today6 March 2025