Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saifuddin, Dr Zaliha dilantik naib presiden PKR

today6 June 2026

Background


Saifuddin Nasution Zaliha Mustafa
Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini merupakan setiausaha agung PKR, manakala Dr Zaliha Mustafa kini memegang jawatan pengerusi PKR Johor.
PETALING JAYA:

PKR melantik Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Zaliha Mustafa sebagai naib presiden parti itu.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata pelantikan itu dibuat dalam mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan di Batu Pahat, Johor hari ini.

“Pelantikan ini bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin sebelum ini merupakan setiausaha agung PKR, manakala Zaliha kini memegang jawatan pengerusi PKR Johor.

Fahmi turut berkata PKR juga menangguhkan kongres nasional parti itu ke Ogos bagi membolehkan cabang-cabang parti di Johor dan Negeri Sembilan memberi tumpuan kepada persiapan pilihan raya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Umar catat rekod baharu kebangsaan acara 400 meter

Kuala Lumpur:Pelari negara, Umar Osman terus membuktikan dirinya antara yang terbaik di Malaysia apabila berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 400 meter (m) dengan catatan masa 45.73 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Taiwan, hari ini.

today6 June 2026