Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saifuddin nafi akan pinda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984

today1 March 2024

Background


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail turut menafikan bahawa kementeriannya menentang penubuhan Majlis Media seperti yang dilaporkan hari ini. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pihaknya akan meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 untuk mengawal media dalam talian di negara ini.

Beliau berkata memang terdapat perbincangan mengenai akta itu namun hanya membabitkan aspek untuk meningkatkan nilai kompaun berhubung pelanggaran atau salah laku.

“Pindaan berkaitan nak kawal media dalam talian langsung tidak ada dalam radar kami,” katanya pada sidang media di sini hari ini sambil menambah setakat ini, tiada cadangan daripada mana-mana pihak untuk tujuan itu.

Saifuddin Nasution turut menafikan bahawa Kementerian Dalam Negeri menentang penubuhan Majlis Media seperti yang dilaporkan hari ini.

“Saya terkejut bila mendapat tahu isu ini dan saya serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Ruji Ubi)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post