Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saifuddin rayu batal keputusan pemilihan PKR lepas kalah pada Rafizi, kata Hamzah

today20 July 2023

Background


Hamzah Zainudin mendakwa Saifuddin Nasution Ismail menghantar surat memohon keputusan pemilihan PKR pada 2022 dibatalkan.

ALOR SETAR: Bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mendakwa Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Pada pemilihan PKR pada tahun lalu itu, Rafizi menewaskan Saifuddin dengan majoriti yang besar.

Mendedahkan perkara itu dalam satu ceramah di Sik, Kedah, Hamzah berkata Saifuddin ada berjumpa dengannya lepas seminggu kalah dan menghantar surat memohon keputusan pemilihan tersebut dibatalkan.

“Saifuddin Nasution, jangan lupa, selepas seminggu kamu kalah, kamu jumpa saya hantar surat tolong batalkan pemilihan PKR.

“Surat ada pada saya,” katanya sambil menunjukkan surat berkenaan kepada hadirin.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang memantau parti politik adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Saifuddin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post