
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail meminta Lawyers for Liberty (LFL) tidak memutar belitkan kenyataannya berhubung isu penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau menegaskan tiada sebarang penolakan permohonan direkodkan hanya kerana individu berkenaan gagal menguasai bahasa kebangsaan itu malah jumlah pasport yang dikeluarkan pada tahun ini mencecah 2.3 juta.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu,” katanya menurut Harian Metro selepas satu majlis di Perak.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin…