Site icon Hot FM

Saifuddin, Sim bincang hala tuju tambah baik pengurusan pekerja asing


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim ketika pertemuan mereka di Kementerian Dalam Negeri hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengadakan pertemuan untuk membincangkan hala tuju penambahbaikan aspek pengurusan pekerja asing di negara ini.

Perbincangan itu dibuat ketika Saifuddin menerima kunjungan Sim di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

“Pertemuan petang tadi memfokuskan isu yang melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) iaitu hal pengurusan pekerja asing.

“Isu yang hangat melibatkan kes eksploitasi pekerja asing menjadi topik serius yang dibincangkan selain ‘way forward’ bagi tahun 2024 ini terkait elemen penambahbaikan dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin juga berkata dalam pertemuan dengan Sim, beberapa hal lain berkaitan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version