“Saya ingat masa datang tu untuk teman dia makan je. Betapa seronok dan bangganya saya pada ketika itu. Abang Saiful Apek bagi duduk sebelah.
“Dia suruh saya bawa buku dengan pen. Dia ajar saya macam-macam tips. Bila dia dah ajar semua tu, alhamdulillah video jadi lagi kemas.
“Dia cakap nak jadi influencer atau artis ke apa benda kena tahu apa yang kita nak sebarkan. Jangan sebarkan benda-benda yang salah. Angle kamera kena jaga, kualiti kena jaga dia pesan.
“Saya terharu dan terkejut, sebab Malaysia ada berjuta orang dan saya yang terpilih pada ketika itu untuk dia nak jumpa,” katanya.