
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, saingan akan menjadi “sengit” sekiranya Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memilih untuk bertanding di Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kartini Aboo Talib daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, jika Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ingin mempertahankan kerusinya, beliau dilihat sebagai calon pembangkang yang berkaliber.
“Wan Saiful ahli politik yang sangat berbakat dan aktif sebagai aktivis sosial membantu kanak-kanak kurang upaya (autisme). Beliau juga anak jati Kedah,” katanya kepada FMT.
“Beliau pernah memimpin Ideas, badan pengkaji dasar dan dikenali atas platform ini bagi masyarakat bandar. (Namun) untuk beliau bertanding di Lembah Pantai, saingan agak hebat kerana…