Menerusi perkongsian video daripada @puan.azwa, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta bersama anak perempuannya itu.
Situasi menjadi lucu apabila si ibu mula membebel kepada anak gadisnya kerana ternampak video anaknya itu yang membuat parodi nak kahwin. Walaupun rakaman tersebut hanyalah lip sync, namun ia nampak seperti suaranya sendiri.
Malah, ibunya siap mengugut nak buat report kepada ayahnya. Gadis itu tergelak dan berkata kepada si ibu bahawa video itu hanyalah konten saja.