Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sakit Peringatan Jaga Diri… – Hael Hussaini

today14 May 2019

Background
Penyanyi Hael Husaini, mengakui jadual kerjaya yang padat, selain tidak cukup rehat sejak sebulan lalu turut memberi kesan kepada pita suaranya.

“Kesihatan saya terjejas disebabkan terlalu penat bekerja. Ia turut memberi kesan kepada kotak suara dan saya dinasihatkan supaya tidak menyanyi selama dua minggu.

“Bayangkan perasaan saya apabila mendapat tahu perkara itu, sedangkan suara adalah instrumen yang menjadi antara punca utama pendapatan.

“Sebelum ini, saya bekerja terlalu kuat hingga tiada masa untuk diri. Sakit ini memberi peringatan supaya tidak mengabaikan diri.”

Masalah itu turut menjejaskan kualiti persembahannya.

“Prestasi nyanyian saya juga tidak memuaskan di beberapa acara lain. Apabila sakit, banyak kerja lain yang tergendala, namun saya tetap teruskan komitmen nyanyian.

“Saya perlu profesional kerana sudah bersetuju awal untuk membuat persembahan. Biarpun terpaksa mengambil risiko, saya tetap jalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Dalam perkembangan lain , Hael berkata dia berbangga diberi peluang menyanyikan lagu asal, A Whole New World itu dalam versi Melayu.

“Saya sangat berbesar hati diberi peluang menjadi sebahagian daripada Aladdin. Ketika dipanggil untuk sesi uji bakat, saya cuba lakukan yang terbaik.”

Dalam perkembangan lain, Hael turut tampil dengan lagu raya, Bersyukur Seadanya yang dicipta bersama Ezra Kong.

Sumber: Berita Harian

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *